Owh Dydiana

Sunday 5 June 2011

Pak Haji Naik Motor??

Assalammualaikum kawan-kawan..suri suri rumahtangga yang berjaya..chef chef baek lelaki perempuan atau campuran..upsss...
Welcome to my new entry..
PAK HAJI NAIK MOTOR..
wah topic..ape kesss dengan  Pak Haji Naik Motor plak??..salah ke?..ke kain pak haji tu terbukak mase menunggang moto tu?..hahaha...xdelah sengaja saya pilih tajuk Pak Haji Naik Motor..bebunyi sebenanya AJINOMOTO...ade org mentranslate kan sebagai Pak Aji Takde Motor.. haha..
well..kalini aku nak cerita pasal si Ajinomoto ni..agen penambah perisa sebenarnya..masak memasak xlengkap kalau tak letak si Ajinamoto ni..itu pun kalau letak sikit..kalau tabur dah ape kes plak?..
si penambah perisa ni nak dikatakan pemes..ouhh sgt la glamour you all..ade org yg xbley hidupla tanpa Ajinomoto ni...kalau dah tekung tekang kat dapor bersodep bagai...skali xletak Ajinomoto..haaa mesti mcm takut takut je nak rasa ape kejadah lauk yg korang dah bersilat nak siapkan tu kan?..arakianlah si penangan Ajinomoto ni..skali dah guna mmg nak guna lagi..nak nak buat si mangsa yg mmg tak reti memasak..shortcut...tabur habis satu peket Ajinomoto, xsedap pasttttiii jadi sedap level confident tinggi ni tabur si pak haji dalam periuk..hahahah...


Atas ni lah contoh contoh Ajinomoto yg ade kat pasaran..well meh google sket pasal si pemes Aji-No-Moto ni..
Aji-No-Moto ialah sebuah syarikat Jepun yang mengeluarkan perasa makanan, minyak masak, makanan, dan bahan farmaseutik. Terjemahan harfiah untuk Aji-No-Moto ialah "Intipati Rasa". Nama ini telah dipergunakan sebagai cap dagangan untuk keluaran monosodium glutamat (MSG) syarikat.
Aji-No-Moto  kini mengeluarkan sekitar 33% daripada MSG di dunia, dengan hasil tahunan sebanyak AS$9.84 bilion. Syarikat ini aktif di 23 buah negara dan wilayah di seluruh dunia, dan menggaji sekitar 24,861 orang pada tahun 2004.
Perasa monosodium glutamat (MSG), keluaran pengenalan syarikat Aji-No-Moto , pada asalnya dipasarkan di Jepun pada tahun 1909 selepas ditemui dan dipaten oleh Kikunae Ikeda. Syarikat itu dengan cepatnya berkembang ke negara-negara yang lain, dengan Ajinomoto Amerika Syarikat, Inc. ditubuhkan pada tahun 1956. Sejak dari masa itu, Ajinomoto telah menjadi sebuah konglomerat yang tersebar ke kawasan-kawasan yang lain, walaupun khususnya dalam industri makanan.
Ajinomoto kini merupakan sepatah nama generik untuk MSG di sebilangan negara Asia.
dan kini Ajinomoto menjadi kegilaan semuaorg didapur..hahaha...tp tidak termasuk saya lah..sbb nak share adalah kerana..ewah skema..saya g makan kt satu rumahni..dahla perut lapar gila babs...bedal la lauk yg ade bawah tudung saji..mentelahap habis org kata sbb lauk sedap gila sehingga menjilat jari kelingking..skali balik..nah hambek kaw...idong ni rasa macam..ade ulat jalan jalan buat polis entri plak dlm idong saya yg sediaada kemek konyot ni...gatal bukan main..tu salah satu effect yg saya dapat lepas makan Ajinomoto tu..yerla awakni jenis sensitip..mmg dari keturunan mmg xmakan Ajinomoto..kira diHARAMkan sama sekali dlm masakan keluarga saya lah kiranya...kira idong tu berjaya jugak sebab menjadi bahan detector kepada si Ajinomoto tu..abg saya lagi kesian..terlebey Ajinomoto habis bibir die bengkak mcm org cacat gayanya..haha nasib lepas bengkak boleh surut balik..kalau kekal?..alamak..badan dah boyot xley kurus..ni bibir plak boyot xley kurus?..pakej lengkap!HAHAHHA..dimana ade Ajinomoto disitu idong saya ni buat polis entri..haha...lg satu kalau anda anda perasan,lepas makan kat kedai luar..ataupun fast foods...mesti balik tu macam dahaga yaallahhh bukan main..mcm berlari marathon la gayanya..haha...tp saya kurang pasti samada kesan Ajinomoto atau kandungan garam berlebihan dalam makanan tersebut...saya belum habis kaji..tapi ada org kata Ajinomoto ni membawa kesan kepada sakit jantung,rambut gugur,darah tinggi dan semestinya bukan kencing manis..hahaha...
saya tertanya-tanya..AJINOMOTO sebagai bahan penambah perisa..daripada apakah bahannya diperbuat hek?..sebab tambah sket masakan dah sedap..agagagaga...mcm bomoh masakan plak si Ajinomoto ni kan?..jom try google..result :
Pada awal tahun 2001, Ajinomoto terbabit dalam sebuah skandal di Indonesia yang mempunyai sebahagian besar orang Islam apabila syarikat itu didapati menggunakan sejenis enzim berasaskan daging babi untuk pengeluaran MSG.[1] [2] Ini memberikan keertian yang ironik kepada cogan kata pengiklanan syarikat di sesetengah negara yang berbunyi: "Daripada bahan apakah Ajinomoto diperbuat?" Pada tahun 1917, sebuah khabar angin mengatakan bahawa Ajinomoto diperbuat daripada ular, tetapi ini ternyata tidak benar. Kini syarikat itu telah menukar menggunakan enzim yang dihasilkan dari kacang soya.
fuishhhhyoooo...kejap ba alip ba ya...kejap ular plak..eiuww...alih alih si kacang soya jadi calon?..wah kalau betul la stakat guna kacang soya dah bley sedap makanan tu...mau 10tan kacang soya aku blender keringkan jadikan serbuk..tabur dalam setiap makanan...tapi kang xpasal...sup ayam jadi rasa Taufu-fa...hahahah
wallahhualam la apakah bahan sebenarnya yg terkandung dalam Ajinomoto tu ye geng...ape pun kalau boleh elak-elakkan bahan bahan tersebut yg kita tidak pasti sejauh mana kesannya terhadap tubuh badan kita...jagalah selagi boleh jaga...tapi saya berbangga sepanjang mama dan baba saya membesarkan saya..mereka masak dgn air tangan mereka tetap sedap walaupun xguna sekuman Ajinomoto pon..macamtulah juga saya teruskan buat suami dan anak saya yg makan hasil tangan saya...tanpa sebutir Ajinomoto ponnn...agaknya xsedap tp jd sedap sebab xyah guna Ajinomoto tp airpeloh yg klua masak memasak tu kowt?..hahahaha...tp kita macammana pon xboleh mengelak 300% drpd xmakan Ajinomoto..sbb kalau makan kat luar?..8tan Ajinomoto diorg borong..kalau tak..takkan si Ajinomoto punya tokey kaya raya...apa pun slamat slamatkan diri anda dan keluarga tercinta!lastly only for Ajinomoto Lovers..

botol ini cute bukan?..sekiut organ dalaman anda yg kita pon xtau ada apa...samalah dgn isi kandungan dalam botol ni apakah sebenarnya yg membuatkan die jadikan semua makanan sedap...rupanya bomoh panda nama Aji-no-moto! ;p

 
oWhDydiana®

No comments:

Post a Comment