Owh Dydiana

Sunday 1 December 2013

Lace Shawl / Tudung Lace Glitters

Assalammualaikum readers! :)

Ah lama sangat blog ni bersawang2..hehe maaf ye..sibuk kebelakangan ni..si ni dah kedepan boleh lah nk menepel blog ni dgn gambar gambar baru..eceh..

actually kami baru mengeluarkan satu product baru untuk pasaran dibawah jenama Dhea Dydiana Designs nama pon dah tahu...tak baju...tudung..tak tudung seluar..haha..xdelah kami baru je kluarkan Tudung or Shawl...dan akan datang insyaallah product tu masih lagi biarlah rahsia..hehe..supriseeee...tunggu ye..

Ok ni shawl yang saya keluarkan bebaru ni...Shawl ni sangat selesa ye..material buakan dari Malaysia..bukan tak bangga dengan product keluaran Malaysia tapi saya dpt material ni masa jalan jalan amik angin di negara org...so bila pegang dan pakai terasa selesa ya amat...dan harga pun berpatutan..jadi teruslah saya borong dan bawak balik Malaysia opkos nk share dgn warga 1 Malaysia kita..mana tahu pengilang di Malaysia boleh copycat ke keluarkan material yang sama..maka majulah industry Malaysia kan?..

So here it is...Soft Glitters Lace Shawl by Dhea Dydiana Designs!

Material : Soft Glitters Chiffon (sangat lembut dan mudah dibentuk..kain yang sejuk dan tidak terlalu jarang..glitter pon tidaklah semeriah cik kiah siti nurhaliza..lembut dan soft soft je sparkling dust glitters tu..bawak g keje pon xdelah mcm nk buat concert mak jah hehehe)

Ukuran : 1.8m x 0.6m (ok mmg org cam..eh biar betul..yer betul!ukuran shawl ni mmg panjang..sengaja saya buat panjang..supaya boleh lilit dengan kemas dan bahagian belakang tidaklah terjongket nampak leher dan tergantung gonjeng..hehe..yang paling penting kelabuhan dia berjaya menutupi paras dada..alhamdulillah)

Lace : kemasan lace yang ditaburi manik manik halus..material lace yang sgt lembut..(maka tidak kejung seperti lace lace yg lain..lace ini dari kualiti yg sgt tinggi..tak percaya boleh beli 1 dulu..nnt dah pegang dan pakai anda boleh merasainya sdn)

Jangan pertikaikan harga saya ye..kerana bila anda dpt barang ditangan anda pastinya andai pelik.."biar betul tudung ni cuma RM67???with this quality" ye saya...tudung saya cuma berharga RM67 termasuk postage ye.. =) kenapa murah?..sebab ni harga pengenalan dan saya cuma ada 80 helai sahaja..dan saya TIDAK AKAN RESTROCK sekiranya habis..sebab materialnya cuma ada diluar negara..maka kos penghantarannya agak mahal berbanding harga saya pergi sdn dan bawak balik sdn sbb saya tutup mata kos tambang dan penginapan..hahah apa lah saya ni kan..xpelah benda baik saja saya nk sharing biar semua muslimah nampak cam comel je..cam cantik je bila pakai highclass shawl ni...so tunggu apa lagi...ayuhhhh order sekarang!!

Boleh wassap saya 0142233392 or call/sms 011-14345771






Dhea Adra Collection by Dhea Dydiana Designs









FB : Dhea Dydiana
Instagram : Owhdydiana
wassap : 0142233392
call/sms : 011-14345771
oWhDydiana®
www.dydiana12.blogspot.com

Wednesday 28 August 2013

AMYNF / Wany Chalet, Pulau Perhentian Kecil, Terengganu

Assalammualaikum my dear readers and salam sejahtera...

ok kalini nak update sikit pasal AMYNF CHALET susah sangat nak menyebutnya..jangan tanya saya kenapa owner dia kasik nama mcmtu..parah bebelit lidah nak sebut nyaaa pon....
ok sebabkan susah nak sebut AMYNF tu makanya saya istiharkan nama dia sebagai WANY CHALET..kebanyakkan client saya pun saya kasi nama tu je senang...
nama tu saya bagi sebab dia kebetulan berdekatan dgn WANY SHOP...which is senang la if client dah sampai pulau nnt nak cari kan...
kalau Rock garden yang femes ames tu kat Long Beach, Wany Chalet ni pulak kat Coral Beach...if rock garden warga emas xley naik tapi wany chalet alhamdulillah satu satunya chalet yang landai...simple...dan terus ke pantai...xdelah nak memanjat bukit keapeke...cuma view dia tidaklah secantik Rock Garden...tp anda tidak letih dan jimat tenaga yang banyak..sebab dekat dgn restaurant and dekat ngan pantai..nak balik melepak pon takde masalah...
Chalet ni baru bukak awal tahun 2013 aritu..so ade certain thing yg diorg belum develope lagi...tp so far yang penting2 dah cukup ada disediakan...
Chalet ni juga menawarkan Bilik yang dilengkapi tandas di setiap bilik tidur..makanya tak payahla nk berjalan ke reban tandas memalam buta ye..heheh...toilet pon masih kategori berkilat...xberlendir tak kuning karat dan segalanya...masih SELERA la orang cakap nk memerut ke mandi ke...hahahah..setengah chalet murah tapi toilet yaraaabbbbiii yaribbaaaa..."takpelah tahan lagi 2hari pon xpelah xyah uk uk...hahah"....so this one no worries masih tahap kawalan bersih! :)
Bilik dia bebiasa je...ada katil queen bed..dan boleh ltk addiotional satu lg tilam...kami xgallakkan tido smp 4org satu bilik..unless badan kecil2 boleh..if badan semangat sikit tak digalakkan..sebab bilik dia tidaklah seluas mana..
so far wany chalet ni sesuai utk client yg tak cerewet dan simple..sebab dia cukup segala segi cuma tidaklah 5bintang...tp come on...syukurlah kalau anda bercuti dan ada tempat berteduh...kalau nak hotel mcm 5 bintang tp nak murah...mmg cantikla muka kaaannn....berbaloi pada harga lah org kata...
daripada pegi tak buat booking main aci redah BACKPACKERS katanyaaa sudahnya pulau penuh dan terpaksa pusing satu pulau berjalan kaki untuk dapatkn chalet yg kosong..(aduh aku penah mengalami pgalaman ni dulu masa 1st time bcuti kt perhentian..sehari suntuk masa dihabiskan dari pagi smp ke petang...berjalan kaki...buang masa..tenaga..air liur..tp chalet penuh...salah aku gak xbooking..then pusing plak pulau besar...pon xde jugak...sudahnya balik semula ke besut dan checkin hotel cap ayam kat sana je..pergi beramai2 ada hati nk dapat bilik kan...hampaaaa...selitla 4bilik tu seramai 24org masetu...haih...hari kedua baru naik boat balik..duit lg try nasib kot ada bilik kosong...betapa bazir masa dan duit..nilah makan dia sebab ktrg xbooking nak jimat pnya pasal..jadi bazir...segalanya membazir...serik!!!)
so sesiapa yang ragu ragu nak booking chalet ni please la buang perasaan ragu ragu tu..sebab kalian perlu bersyukur bilik di wany ni lg selesa dari chalet yg lama lama yg dah tuaaa tu... :)
unlesssss korang mmg jenis fussy client so siapkan duit 1000sorang g checkin kat world cafe ke bubu resort ke hokeyh... peace yawww...
so lets see....how bad the chalet is...
 untunglaaa bilik ada katil hokey...
 sorry sebab bilik tak kemas..client masuk trussss busshhhh lending....and amik pic mcmtu haha...tgk katil tu xsama lebih kuang katil standard kat ruma korang ke?..hahahaha...yg penting katil ok katil bukan tido dalam khemahhhhhh! ;p
Taraaaaaa......cantikkan toilet dia...not to say much....toilet dia lagi cantik dr rock garden sebenarnya....:) selesa dan masih bersih :)

Package offer :

  •  Accommodation 2D1N or 3D2N or 4D2N and more
  •  Return Speed Boat Transfer
  •  Snorkeling 5 point
  •  Snorkeling equipment
  •  FREE trip to Fisherman Village

Pakej yang ditawarkan :

  •   Penginapan 2H1M atau 3H2M atau 4H3M atau lebih
  •   Speed Boat pegi dan balik
  •   Snorkeling 5 tempat
  •   Peralatan Snorkeling
  •   PERCUMA ke Pulau Nelayan     









wassap us now!!!
014-2233392 - Dhea
011-14345772- One
Further assistance can call us up!
011-14345771 - Dhea
011-14345772 - One

PERINGATAN KHAS : Pihak kami hanya memberi KEUTAMAAN kepada pelanggan yang berminat untuk mengambil PACKAGE sahaja..pihak kami tidak akan melayan sebarang pertanyaan bagi anda yang hanya ingin menyewa BILIK SAHAJA dan juga sila jangan ajukan soalan "ADA CONTACT NO HOTEL TAK?" maaf kami sama skali TIDAK MELAYAN soalan-soalan yang demikian. Sekian Terima Kasih..

oWhDydiana®
www.dydiana12.blogspot.com

Rock Garden Chalet, Long Beach, Pulau Perhentian Kecil / Small Island

Assalammualaikum dan salam sejahtera my dear readers..

Here we go this is some picture of ROCK GARDEN CHALET

Location : Long Beach, Perhentian Kecil (small island)
View : Seaview
Capacity : 2/3/4 pax per room
Tips :
-Not suitable for handicap / senior citizen (we need to hike up the hills)
-Nice View (up the hills)

















Package offer :

  •  Accommodation 2D1N or 3D2N or 4D2N and more
  •  Return Speed Boat Transfer
  •  Snorkeling 5 point
  •  Snorkeling equipment
  •  FREE trip to Fisherman Village

Pakej yang ditawarkan :

  •   Penginapan 2H1M atau 3H2M atau 4H3M atau lebih
  •   Speed Boat pegi dan balik
  •   Snorkeling 5 tempat
  •   Peralatan Snorkeling
  •   PERCUMA ke Pulau Nelayan     










Pakej Camping Pulau Perhentian Kecil



wassap us now!!!
011-14345772 - Dhea
011-14345772- One

Further assistance can call us up!
011-14345771 - Dhea
011-14345772 - One

PERINGATAN KHAS : Pihak kami hanya memberi KEUTAMAAN kepada pelanggan yang berminat untuk mengambil PACKAGE sahaja..pihak kami tidak akan melayan sebarang pertanyaan bagi anda yang hanya ingin menyewa BILIK SAHAJA dan juga sila jangan ajukan soalan "ADA CONTACT NO HOTEL TAK?" maaf kami sama skali TIDAK MELAYAN soalan-soalan yang demikian. Sekian Terima Kasih..
oWhDydiana®
www.dydiana12.blogspot.com

Wednesday 19 June 2013

Gunung Datuk Negeri Sembilan

Assalammualaikum my dear readers...

Entry kalini nak share pasal Gunung Datuk which located at Rembau most wanted yaw (kepala lutut kau) hahahah...Rembau Negeri Sembilan..but trust me makcik makcik suka bila dgr lagu Rembau Most wanted yo ni..bkn apa..nk nk makcik2 negeri sembilan..kemain goyang lagik wa cakap lu...mau xsronok?..lagu dio kampung den kato dio....hikhikhik..ok merepek..

Some basic info about Gunung Datuk, Rembau Negeri Sembilan.Terletak di Hutan Lipur Gunung Datuk, Kota, Rembau. Perjalanan untuk ke sini kira-kira 21 km dari Pekan Rembau dan 15 km dari Pekan Tampin. Ketinggian 886m dari paras laut.

Mula dari Tugu Keris Hutan Lipur, pendaki perlu turun ke jeram dan trail bermula dari seberang sungai. Satu jambatan dibina bagi memudahkan pendaki menyeberang sungai. Kecerunan trail hingga ke pondok pertama kebanyakannya hampir 90 darjah. Tali disediakan bagi memudah pendaki berpaut semasa pendakian.
Dari pondok pertama kecerunan trail agak berkurangan dan adakalanya landai. Menghampiri puncak trail cerun trail makin menegak. Talian komunikasi boleh diterima disepanjang trail hingga ke puncak.

Tapak Khemah Tapak khemah di puncak gunung sebesar kira-kira sebuah gelanggang bola tampar. Pendaki masih boleh berkhemah disekitar tapak utama perkhemahan berdekatan batuan dan ada juga yang bermalam di gua. Punca air bersih boleh dicapai dengan turun ke lembah dengan perjalanan turun selama 20 ke 45 minit. Ada alur air mengalir di sini.

Puncak Gunung Datok
Dari kemsite ke puncak cuma beberapa minit. Pendaki perlu memanjat tangga besi yang disediakan. Keadaan puncak terdiri dari bongkah-bongkah batu besar. Pendaki boleh bersantai di puncak dengan panorama perkampungan serta landasan keretapi selain Selat Melaka saujana mata memandang. Di puncak gunung ini juga terdapat kesan tapak kaki diatas batuan yang dikatakan tapak kaki Hang Tuah.

Perizinan
Balai Polis Kota
Bayaran Masuk RM3.00 seorang dibayar pada Koperasi JKKK di Balai Utama Hutan Lipur.

saya amik info dari sini --> Info Gunung Datuk (Credit to Abg Apit Embi..saya banyak dpt info pasal segala adik bradik gunung and hiking dari sini :)

Kalini diorganise oleh company tempat saya berkerja dan juga anak2 syarikat kami yang lain..ada dalam 30org lebih kurang..dewasa dan 1 kanak2 umur 8thn ye...jgn pandang sebelah mata..dia siap sound ayah dia "cepat la abah..abah ni lambat la" aku rasa cammmm..."adik sindir akak ke sebenarnya?" tp xsmp hati...hahahahah

aktiviti wajib sebelum mendaki adalah memanaskan badan..(tapi masih jugak kaki lutut buku lali semua bergegauuuu masa turun wa cakap lu sumpah xtipu)
korang tengok sampai senget benget badan saya yg Konon-kononnya memanaskan badan dgn bersungguh2..tapi hareemmmm..gegau gak kaki saya..dasar lembik (*_*) tu sikecik 8thn tu..dia relax xde warming up ape pon...haha

kemain sukaaaa ye semua...baru nk start kan..muka ada senyum wa cakap lu..tguu baru 5min nk mendaki dah ada yg turun balik...sebab xlarat..xcukup oksigen..xcukup makan segala xcukup la...so turun la balik...kami yg kekonon kuat ni teruskan jugak...(budget kuat)

perjalanan mengambil masa 1 jam 50minit untuk kami berdua..but i think if my husband hiking individually maybe dia boleh follow our 1st small group kt depan..tp dia sgt baek hati sebab teman saya..sentiasa berada disisi saya setiap saat!btw..kaki saya masa sebelum naik injured kiri kanan..but more worst is the kanan..bengkak+biru..tp gwa budget heroin...hahahahah hencut2 naek...ni 1st check point..dia ada tempat mendatar..tp tidakla terlalu luas..agak2 xlarat tu mmg ekau duduk jola jang kek tanah tu..hutan xdo do krosi ateih gunung ni do...jgn ko mimpi...

sebahagian 1st 2nd and 3rd and 4th group..well me n myhubs is in the 2nd group..not really group..mmg ktrg 2 org je..hahaha xikut sesapa...senang...nak bertenggek rehat pon senang... :)

ok this is the 2nd checkpoint...before nak panjat batu batan untuk ke top peak..

well kan saya dah cakap kami lebih baik berdua...dia sentiasa disisi saya...hahahah..dia kecil tapi dia hebaaattttt!hahahaha (^_^) kalau part part yg agak2 saya mcm xlarat nk manjat tu..dia naik dulu dan tarik tangan saya...ada gak part dia tolak my ass up...hahahahahahahah ;p gila perli sgt aksi dan kelakuan beliau terhadap saya...

naaahhhh before naik..well suami saya mmg kecik dr saya..kalau saya cakap dia adik saya pon org pecaya..org xkan pecaya bila saya cakap dia suami saya..ok la part tu org xpecaya...tp buat wanita dan lelaki diluar sana yg ada keadaan fizikal mcm kami ni..jgn bersedih bermuram durja durjana..."rezeki murah bila isteri lebih tinggi dari suami" pecayalah mmg insyaallah :)  tinggi saya 176cm...dia cuma 165cm mcmtu je...hahahahhaha si katik ;p

ini bukan KETAM...saya xtahu ini binatang apa..tp dia jln mcm ketam..mana ada ketam kat gunung kan?..haha

pecayalah saya manusia gergasi..lihat mereka??...lihat kaki saya...hahahah kene banned okkkkk....this is the area ktrg nak panjat batu batu besau tu..hoi gayat seyh...perhatikan kasut kami..kotor yarabbii...so xyah la nak bawak kasut highclasss sgt ye jemah..

1st batu untuk dipanjat...tp kami telah dinasihatkan sapa penakut or sapa xconfident xyah panjat..bkn apa..sesi memanjat last batu tu nanti mmg bebetul gaung..jgn salah langkah itu je...tp kami tegar..yakin pada diri sdn..gambateeeeee PANJATTTTTT!!

haaaa naik dah...tengok bawah sana...mmg mengigil..dan hati ku dupdap jelaaaa..well bg la laut ke..pokok ke..bola ke..benda ganas gwa xkisah babe..tp bab tinggi...aku rasa mcm nak putus napas sepanjang kt atas batu ni..tp xpe gwa kasi lu org enjoy dulu tgk scenery kat atas tu...syiookkkk....

tupai ni sangat jinak...tp xdapek pogang yo...makanan je dia nak...

this is the full members yg berjaya naik kt top peak!congratssssss!nampak tak adik kecik tu?..dia bley lari2 tau atas tu..sedangkan aku terasa nk jerit dan ikat tangan kaki dia tambat kt abah dia..ko jgn jalan jalan sgt bley tak...kang kebawah kangggg satu hal kang... (+____+)

well diorg boleh bawak peralatan memasak...dan memasak meggie diatas sana...nnt saya juga akan mengikut jejak hobby mcmtu..janji turun tak buekkk sudahla..hahaha

ABAIKAN AKSI TAKSUB GIYOMI DIBAWAH....hahahahahahdan paling best is Kak Linda yg dah 4+ pon melayan ktrg.."buat camni kak linda...camtu plak.camni" dia buat jela dgn rela tp terpaksa...hahah sapa swoh duk ngan ktrg...hahahaha kne la layan kami yg senget ni.. (^_^)





en.rizuan...cik emma (bkn emma maembong ye) haha xlarat der minah tu nk panjat..makeup menari ke berlakon ke larat la..hahaha ;p Aku..dan adik aku syarfa nurhairunisa..Kak Haslinda che hassan..dan puan sarah aina!giyoomiii gigigigig giyomiiii..gigi kau...haha

jeng jeng jeng...part paling best...saja aku cut bg korang enjoy dulu...hahahahahha
ni adalah tangga di batu ke3 untuk panjat sampai naek paling atas tu..tp aku sedekah gambar turun..gambar naek asyik nengok pungkuk je kang sronok la ekau kan jang...

 ni tangga baru..kalau tangga lama kayu je jang oi...tangga ni dah kukuh sket sebab diorg ikat...aku turun dulu sebab senang nnt aku nak monitor kwn2 dan adik adik manja saya nak turun...part naik satu hal..part turun lg satu hal...bg yg tgk maybe mcm senang..tp cuba korang yg kat tangga tu..tgk bawah 886meter hoi...salah langkah mmg innalillah.........

si kecik ni dia turun slow slow dgn guide suara saya.."turun kaki sikit2 sayang..ok dah turun lagi sebelah..bla bla bla..." bak kata Boss adik saya.."awak mmg lembut mcmni ye kalau kat uma?" saya pelik sebenanya napa soalan tu dikemukakan?aku ni brutal sgt ke??.."yerla abistu camna lg"...hahaha then dia jawab "bagusss boleh jadi cikgu tadika" ok..saya dan suami saya gelakkkk jela...hahahahahha dia xtau ini singa betina alex the lion bak kata suami saya!! ;p
Alhamdulillah selamat jugak sikecik "haikal" ni..aku punya jantung mcm nak meletop tunggu dia turun...lg 10anak tangga aku grabbed dulu dukung je...hahaha pastu pegang dia kekuat smp abah dia plak turun..abah dia aku tak grabbed la kan...buek habes borehhh jo!

naaahhhhh full view...ko nampak gaung kek bawah nun?..salah langkah pocah lutuit ko jang oi..jgnla korang nk bergurau senda kat tangga tu ye..mulut jaga baik..jgn nak klua "kan bagus kalau ada teksi kat atas ni..kan bagus helicopter je amik kita kat atas ni" mulut jgn nk celuparrrr!
sebenarnya ada insiden masa sesi turun..adik saya si niesa tu xboleh turun...dia gayat..dia dah gigil2..dan saya nampak sdn dgn mata kaki dia dah xley gerak..tapi suami saya tukang jaga atas dan saya jaga bawah..so suami saya monitor dia..swoh dia naik balik..tarik naik semula..nasib baik emma pon ada kt tepi standby kt tengah tu...aduh dlm hati saya dah xsedap dah tgk dia xley gerak..dia jammed kt tangga atas skali tu...mmg rasa nak panjat balik...yg saya terlaung laung "adik naik balik..ayah pegang adik yah pegang tangan dia tarik naik atas...emma tolak niesa naik atas..pegang dia carry ke atas...bla bla bla..." mau idork...dia dah nangis...mmg hati aku pon mcm nk meletoppp la cita dia kan...
well in this situation psychology tu penting...nasib baik suami saya jenis cool...and dia lebih kenal adik saya lg lama dr saya :) dia slow slow tarik adik saya naik atas...perghtttt...keadaan mcmni xley huru hara..bg arahan secara lembut...dan secara rasional..jgn paksa or push push dia..dan jgn kasi dia lagi kelang kabut mcm beruk...beruk pon mau terjun trus sebab tension!tapi syukur...dah reda sket baru dia turun tu pon emma sambut..smp tangga kedua saya naik setengah pegang dia rasa xnak lepas...legaaaaaa!!yerla saya sayang dia tahu takkkk syarfa nurhairunisaa!!!
TAPIIIII..ku sangkakan dia sorang je jadi masalah...rupanya smua perempuan pon problem...adui...jenuhla saya..emma..suami saya dan en.shahril nk guide turun...dan lenguh tangan saya sambut dan tampung diorg turun tangga..the last one is kak marissa...well dia dah shaking and boleh berhenti kat tengah tengah tangga..dia bantai peluk tangga tu!!adoiiii kak..kot iya pon turun la sampai habis..nk nangis kt tengah2 tangga tu napa nya...sikit lg nak sampai oi...hahahah sakit jiwa aku...haha tp dia berjaya teruskan penurunan lepas saya pegang budbud dia..hahahah dia confident sket kot sbb eh dah nak sampai kot..tu sbb dy boleh pegang...hahahahahahah

happy ko kan kak dah selamat turun...adoi...

okla sesi nak turun...tapi sesi turun ni memang menyakitkan hati..(-_______-)
saat ni lah kejap kejap suami saya tepek.."haaa nak sangat hiking kan.."
hahahahah kalau aku pang apa tak dapat sikatik syg!
bukan apa...naik tu masih ok..tp menurun curam2 tu..mmg ini kalilaaaa aku rasa nak campak kasut hiking yg aku pakai...tu sebab aku nak jual dia..sebab dia ketat..naik sedap dah tp turun xboleh ketat..aku rasa budak tu kasi aku salah saiz... :( tp jgnkan kasut hiking saya je yg meragam...rupanya semuaorg mcmtu kecuali en.shahril dan abg abg hikers yg kental tu..diorg pakai sandal JEK...
yang mana pakai kasut getah pon xhebat mano laaa..grip mmg dah bagus..tp dia makan ibu jari kaki kt depan..sudahnya wa buat heroin laaaa...mmg da xtahan sgt..dahla kaki seliuh xbaek lg, pastu kaki depan sakit..oi oi oi..rasa nak jerit..."bilaaaaa nak sampai ni...napa tak sampai sampai lagik" dan part paling best...aku bley tanya suami aku "bie kalau ayg gelongsor turun boleh ke?...ahahah "abah kau...kalau dia kosong n licin mcm Broga xpe gak..ni bertangga-tangga batu batu bagai..hebat buntut tu"....tu makan diaaaa....
erghtttt tahap tension di kemuncak..."kejap kejap..behenti...nk bukak kasut" hahahah suami saya pon layan kan je...dia pon bukak kasut pakai stokin je...masa turun emma turun ngan ktrg..sedikit pelik sebab dia slalunya laju..tp kalini dia slow...rupanya bila tanya "xley laju bu..kaki emma sakit depan" laaaa....lg sorang..
tapi aku gamble je bukak kasut dan berkaki ayam turun..agak licin..dan sakit tp..dalam hati poyo "ah kat perhentian tu ko hiking kaki ayam hari hari..pasir panas panas ko bley pijak..xyah ngada" motivasi diri sdn...tp hikers yg terserempak ktrg pelik tgk aku smp ada yg tegur.."wuish kasut dah bukak?...xsakit ke"...nk je aku jawab "taklah stimmm je" bongok gila soalan mmg la sakit tp sakit lg bila aku pakai kasut tu...ok entry kalini pjg lak...
naik keatas 1 jam 50min mcmtu...turun aku rasa dekat 2 jam lebih...sebab dia curam dan makan kaki!

sampai je bawaahhhhh aku terjah kedai acik jual nasi lemak dan kuew teow goreng tu..melantak la..pastu mtk air ni ha..smp aku masuk dapur dia sdn..amik ais sdn...hahahahahha buas!! (+__+)
well sepanjang turun tu aku dah ngomel ngomel..asal xsampai lagik..smp bawah kaki gwa shaking....hahaahaahhahaha
tp congrats utk diri sdn...berjaya gak naik gunung...soalan cepumas dr suami saya.."lepas ni nak naik gunung lg sayang" aku rasa nak cepuuukkkk je muka dia...cis sindir....aku jawab "lepas ni nak naik kinabalu"...dia cakap "puiiiihhhhhhh" hahahahahah...

well...tips sikit...
Kasut - kasut hiking or sandal grip hikers tu..dan makesure longgar 1 inchi..supaya xmakan kaki..wlpon snikers
Towel Lap peluh
Gula-Gula
Chocolate bars
Air secukupnya (100+/revive/redbull) - masa hiking kalini aku short air..bwk 1 botol je..tp salah budget..tpaksa pow air emma...haha
camera
beg jgn berat
stokin TEBAL
first aid kits (PENTING-hot spray sebab mmg akan ada yg memerlukan..ni bukan bukit broga kecik anak je..then mosquito impelent, PLASTER and minyak angin..yu gonna need this sbb ni gunung..some of us might not be able to stand the altitude sindrom) nnt saya cita apa itu altitude sindrom..

apa pun kami sangat enjoy..satu pengalaman yg kita xkan boleh beli dengan duit..terasa semangat tolong menolong mcm adik bradik..terasa diri ini sgt berharga bila suami sentiasa disisi..satu kepuasan ditahap maksima bila berada dipuncak..pecayalah...subahanallah indahnya......
yang penting JANGAN PATAH SEMANGAT!!Gammmmbaateeee!haja haja faiiitnnnnn!!
sekian...sorry membaca panjang..hehe..lama sgt peram.. (+_+)
till one day im gonna write about Kinabalu...but still...Kinabaluuuu wait for me occay!!insyaallah!




oWhDydiana®